Rahsia untuk BERJAYA…

Tips ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang cari duit dan buat duit di internet

“Saya Nak Cari Duit Di Internet…Tapi Tolonglah…
Tunjukkan Saya Cara Yang 100% Betul & Berkesan…Jangan
Tipu Saya Lagi!”

Sekarang semua benda mahal…RM100 pun tak cukup bawa ke pasar. Kalau nak rasa
hidup stabil sedikit kena buat kerja lebih…kena cari pendapatan sampingan
Orang kata cari duit di internet senang dan mudah…duduk depan PC 2-3 jam boleh dapat
RM
“Saya dah buat…tapi tak dapat apa-apa pun…!!!”
Duit saya terbang ada lah…beli ebook itu ebook ini kononnya dalam masa beberapa hari
akaun bank saya akan melimpah-limpah dengan duit
Tapi mana duitnya…seposen pun tak ada????
“Anda buat kesilapan sebenarnya”
Anda nak cepat kaya kan? Dalam fikiran anda dah set “aku nak kaya…aku nak
kaya…” betul tak?
Terjumpa pula iklan program cepat kaya yang ‘menggiurkan’ … puluh-puluh ribu RM
ratus-ratus ribu RM ….mata anda dah berpinar-pinar…kepala dah terbayang stereng
BMW
Tak usul periksa…tak selidik dahulu…tak kaji dulu…bum!!!…anda join
Bayar duit pengeras…angan-angan mula tinggi…BMW…Kondo…
Eh…lepas 2-3 minggu senyap jek…apa cerita…
Laaa…kena tipu…kena cari orang rupanya…kena kelentong orang lain pula supaya
dapat sedikit habuan…waaaaa….angan-angan berkecai
Pesan orang tua-tua :

“JANGAN HENTAM KeROMO!!!”

Bagus sangat ke saya ni nak nasihatkan orang pula…
Saya tidak sebagus mana…cuma mempunyai inisiatif untuk berkongsi dengan anda
pengalaman-pengalaman yang telah saya lalui dan tempuhi di dalam dunia internet ini
sejak dari tahun 2002
Mula-mula dulu…saya pun teraba-raba tercari-cari cara yang betul nak cari duit di
internet…
Cuba itu cuba ini…arghhhh…semuanya tak menjadi….
Beli ebook itu beli ebook ini…kesudahannya saya sendiri pening kepala…
Tapi saya jenis ‘positif‘…saya yakin mesti ada cara…jika tidak masakan Irfan Khairi,
Ewen Chia, Patric Chan, Gobala Krishnan, Stuart Tan bole jadi jutawan….
Mesti ada cara….
“Hakikat Yang Kita Terlupa”
Sebenarnya ada satu perkara yang kita terlupa atau terlepas pandang..

Kita nak cari duit…kita nak buat duit….pokoknya kita NAK DUIT….jadi ini bermakna
KITA NAK DUIT ORANG…….KITA NAK DUIT ORANG….
kesimpulannya, kita mahu orang keluarkan duit dari kocek mereka dan beri pada kita
maka kita akan dapat duit…contohnya…jika 10 orang beri kita duit RM10 setiap orang
maka kita dapat RM100…

jika 1000 orang beri kita RM10 setiap orang…kita dapat RM10,000…

Tapi…semudah itu ke orang nak kasi kita duit????
Adakah kita kena minta derma???
Hakikatnya mudah sahaja….orang akan kasi kita duit jika mereka mendapat pulangan
yang setimpal dengan nilai wang yang mereka keluarkan…
Ini bermakna…mereka akan bayar/beri anda duit jika anda dapat memberikan mereka
sesuatu benda yang mereka mahukan….

Itu sebab saya katakan iklan yang menjanjikan pulangan beribu-ribu RM sambil tonton
Astro wang melimpah-limpah masuk ke akaun bank anda adalah MENGARUT!!!!
Siapa yang akan beri anda duit jika kerja anda hanya goyang kaki tonton Astro??
Inilah hakikat yang kita lupa…..kita nak cari duit….tapi kita terlupa bahawa duit itu
datang dari orang lain….bukannya dari program-program yang mengarut semua itu…
“Senang ke orang nak beri kita duit???”
Susah….bukan senang orang nak beri anda duit…itu sebab macam-macam program
anda sertai…anda tak dapat duit…
Anda fikir program tersebut yang berikan anda duit macam apa yang diiklankan tetapi
hakikatnya tidak…
Saya ulangi sekali lagi…jika anda nak cari duit di internet maknanya anda kena cari
jalan untuk membuatkan orang lain memberi/membayar duit kepada anda…

“Tunjukkan Saya Cara Yang Betul Bagaimana Mencari Duit Di Internet…Cara
Yang Benar-benar Berkesan…!”

Baiklah…kita mulakan semula dari Asas…
Macam saya kata tadi…orang akan beri/bayar anda duit jika anda memberikan mereka
apa yang mereka mahukan…
Pendek cerita…orang akan bayar anda jika anda mempunyai PRODUK yang mereka
mahukan atau minati…
Hmm…nampak macam susah kan….
Bukan senang nak senang…bukan susah nak susah…

“Produk…Produk…Produk”

Jika anda mempunyai produk sendiri maka anda boleh jual di internet untuk
mendapatkan duit (keuntungan)…

Bagi yang tidak mempunyai produk sendiri…anda masih mempunyai 2 pilihan lagi
Iaitu : 1. Jualkan produk orang lain (re-seller)…di mana anda membeli produk orang lain
dan mendapatkan hak untuk jual semula dan menerima semua keuntungannya
2. Jadi ejen (affiliate) dengan cara mempromosikan produk orang lain dan menerima
komisen atas setiap jualan yang terhasil…
Nampak macam susah aje…
Pernah dengar ungkapan ini?
“Kebenaran Itu Pahit”
Mungkin anda sudah mula termenung…
Baru tahu rupanya bukan mudah nak cari duit di internet…
Bukan mudah nak dapatkan duit dari orang lain…
Patutlah dah join macam-macam program tapi tak dapat duit…
Pernah dengar ungkapan ini pula?

“Setiap Penyakit Ada Ubatnya Kecuali Mati”

Bagi saya ungkapan ini mempunyai maksud yang lebih besar iaitu…
Setiap perkara yang susah atau mustahil ada cara untuk memudahkannya…
Jika anda rasa mencari duit dengan cara yang betul adalah susah atau sukar tetapi bagi
saya pula ianya boleh dipermudahkan…
Ibarat negara kita Malaysia, pada awal tahun 80an kita tidak pernah termimpi untuk
mempunyai kereta nasional sendiri…

Kita hanya bersandarkan kepada kereta-kereta dari Jepun & Eropah…
Apabila kerajaan memberikan idea mengeluarkan kereta nasional kita sendiri, ramai yang
skeptikal…ramai yang mengatakan ianya mustahil…ramai yang ragu-ragu…
Tetapi, akhirnya…keraguan itu terjawab sekarang….kita mampu…kita boleh dan tiada
apa yang mustahil…

“Apakah Cara Untuk Memudahkannya…Apakah Cara Untuk Saya Berjaya
Mencari Duit Dari Internet..?”
Cuba ingat semula ketika anda kecil dahulu…
Bagaimana anda yang tidak mengenali ABC 123 akhirnya anda pandai…
Adakah ianya ‘magik’…
Adakah memang sudah ditakdirkan anda akan pandai ABC 123 secara automatik?
Pasti tidak bukan…
Semua kanak-kanak kecil yang tidak mengetahui apa-apa akan melalui satu proses yang
dipanggil Proses Pembelajaran…

Belajar…

Belajar ABC…

Belajar 123…

Dari tidak tahu akhirnya tahu…
Sama juga dengan semua perkara lain…
Benda yang susah kita belajar supaya ianya menjadi mudah bagi kita…
Anda tidak tahu cara mencari duit yang betul di internet…maka anda hendaklah belajar
cara-caranya dan apabila anda sudah pandai maka kerja-kerja mencari duit di internet
akan menjadi mudah bagi anda…
Itu sahaja rahsianya…

Belajar…Belajar…Belajar…

Anda tidak tahu cara mencipta Produk…maka belajarlah cara-caranya…
Anda tidak tahu cara untuk menjual semula produk orang lain…maka belajarlah caracaranya…
Anda tidak tahu cara menjadi affiliate yang berjaya…maka belajarlah cara-caranya…
Tapi jika anda ingin kaya segera dengan melakukan kerja sedikit dan mudah…maka
teruskanlah angan-angan anda itu…anda tidak akan ke mana-mana
“Rahsianya Ialah BELAJAR ILMU YANG BETUL”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.